Jawatan Kosong Pegawai Teknologi Maklumat Di The W Group, Kota Kinabalu

W Group adalah syarikat pemaju hartanah, dulu dikenali sebagai Wong Kwok Group. Syarikat ini menawarkan jawatan kosong Pengawai Teknologi Maklumat (IT Officer) dengan pengkhususan kepada rangkaian komputer khususnya Virtual Private Network (VPN), Networking dan Cabling. Tempat bekerja terletak di Kota Kinabalu, Sabah.

Syarat-syarat untuk calon diterima ke jawatan kosong ini:

  • Memiliki Ijazah, Diploma atau Sijil Kelulusan Pofessional dalam bidang Teknologi Maklumat, Sains Komputer ataupun mana-mana bidang pengajian berkaitan.
  • Calon yang memiliki persijilan Cisco (CCNA), MCSE, MCDA mempunyai kelebihan.
  • Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan selama 3 tahun.
  • Mempunyai pengetahuan mendalam dalam VPN, Networking juga Cabling.
  • Berkebolehan mempelbagaikan tugas dan mengurus projek-projek berlainan.
  • Mesti mahir menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris. 
  • Calon yang fasih Bahasa Mandarin mempunyai kelebihan.


Tarikh tutup jawatan kosong: 12 April 2013.

Emailkan resume anda kepada leonardleow@thewgroup.com.my

Cara lain, hantar secara faks ke 088-233715

Ataupun, hantar resume anda melalui pos ke alamat berikut:
The Senior Group Human Resource Manager
Thee W group, Lot No.68-77, 1st Floor, Wisma New Far East Jalan Lintas,
P.O.Box 11863, 88820 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.