Kerja Kosong Sebagai Duta Khidmat Pelanggan Bank Muamalat Sabah

Bank Muamalat mempunyai kerja kosong dalam jawatan Duta Khidmat Pelanggan (Customer Service Ambassador) di 58 cawangan mereka di seluruh Malaysia termasuklah di Sabah. Jawatan kosong ini dianggarkan memberi gaji tetap dalam lingkungan antara RM1950 hingga RM3,000 bergantung kepada pengalaman calon yang memohon. Bank Muamalat akan memberi berbagai kelebihan calon yang berjaya diserap menjadi kakitangannya.

Syarat-syarat memohon jawatan kosong tersebut:

  • Mempunyai Diploma dalam apa jua fakulti pengajian.
  • Pengalaman kerja selama 3 tahun dalam bidang berkaitan.
  • Pengetahuan meluas dalam produk perbankkan.
  • Kemahiran berkomunikasi yang sangat bagus.
  • Kemahiran interpersonal yang bagus dan memiliki kemahiran koordinasi.
  • Boleh bekerja dalam situasi menekan (work under pressure).
  • Berattitude positif dan bijak menyesuaikan diri.

Tarikh tutup jawatan kosong di Bank Muamalat Sabah: 12 April 2013.

Maklumat lanjut terdapat di laman web Bank Mualamat di  www.muamalat.com.my.