Kerja Kosong Di KWSP Cawangan Sabah Sebagai Pelatih Lulusan Siswazah

KWSP Sabah membuka kerja kosong sebagai Pelatih Skim Latihan Siswazah, terbuka untuk graduan berkelayakan, sangat kompeten dan bermotivasi tinggi. Tempoh latihan selama 12 bulan, elaun RM750 diberi setiap bulan, perlindungan perubatan sebagai pesakit luar di klinik panel dan hospital kerajaan diberikan percuma.

Syarat kelayakan agak mudah - calon masih belum mempunyai pekerjaan tetap dalam masa 12 bulan selepas graduasi dan tidak pernah mengikuti mana-mana Skim Latihan dianjurkan oleh pihak-pihak lain.

Keutamaan adalah kepada calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Rekabentuk Multimedia, Grafik, Teknologi Maklumat (Multimedia), Sains Komputer atau mana-mana bidang lain yang berkaitan. Selain itu, calon perlulah mempunyai kemahiran dalam reka bentuk grafik, susun atur dan visualisasi menggunakan Photoshop, Illustrator, Flash, Flash Action Script 2.0, HTML, XML, Camtasia CSS, Java Script.

Sebagai pelatih, anda akan bekerja membantu Pereka Kreatif, Pereka Multimedia dan Pembangun Kandungan dalam perancangan, pembangunan dan reka bentuk pengeluaran kandungan e-Pembelajaran dan bahan pengajaran melalui media digital menggunakan maklumat animasi, teks, gambar, video dan bunyi.

Hantar resume, salinan Ijazah Sarjana Muda bersama dengan transkrip akademik lengkap, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran dan gambar berukuran passport ke email skimlatihansiswazah@gmail.com

Tarikh tutup jawatan kosong ini adalah 15 Mac 2013.

Maklumat lanjut mengenai kerja kosong sebagai pelatih terdapat di portal web Kumpulan Wang Simpanan Pekerja cawangan Sabah.