Jawatan Kosong Pegawai Khidmat Pelanggan (Operasi Cawangan) Bank Muamalat Sabah

Bank Mualat menawarkan jawatan kosong sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan (Operasi Cawangan) di seluruh malaysia termasuklah cawangan Bank Muamalat di Sabah. Jawatan ini terbuka kepada mana-mana calon yang berkelulusan Diploma dalam apa jua bidang dari apa jua fakulti, tapi kelulusan dalam bidang perbankkan semestinya paling sesuai untuk jawatan itu. Calon yang berkelulusan STPM juga boleh memohon. Berikut beberapa maklumat lain mengenai jawatan kosong tersebut:

  • Berpenampilan kemas.
  • Mahir melayan karenah pelanggan.
  • Berpengalaman sekurang-kuranya 1 tahun dalam bidang berkaitan.

Antara tugasan calon dalam jawatan kosong ini:

  • Mengesah, dan mengenalpasti semua transaksi perbankkan.
  • Memberi khidmat nasihat untuk pemegang akaun simpanan, akun semasa dan akaun pelaburan.
  • Mengurus aktiviti pemindahan wang, tukaran mata wang asing, cek kembara dan transaksi berkaitan.
  • Memberi khidmat memuaskan menepati kemahuan pelanggan.
Tarikh tutup permohonan jawatan: 12 April 2013

Untuk memohon jawatan ini, maklumat lanjut www.Muamalat.com.my