Jawatan Kosong Wakil Jualan Borneo Group, Gaji Tetap Dari RM1,000 Ke Atas

Borneo Group adalah syarikat dalam bidang automotif, kini mereka membuka jawatan kosong sebagai Wakil Jualan (Sales Representative) dengan gaji RM1,000 sebulan. Calon yang berminat perlu ada pengalaman dalam bidang automotif selama 3-5 tahun, paling kurang berkelulusan SPM, mempunya kemahiran komunikasi yang bagus serta memiliki kenderaan sendiri. Tarikh tutup jawatan kosong ini adalah 30 April 2013. Berikut beberapa kelebihan jika anda layak untuk mengisi jawatan kosong di sini:

  • Gaji minima RM1,000 dan ke atas dikira berdasarkan pengalaman.
  • Komisen jualan dari 1% hingga 5%.
  • Mendapat insentif jualan.
  • Bonus sebanyak 2 bulan akan diberi.
  • Elaun perjalanan.
  • Elaun makanan dan penginapan jika bertugas di luar daerah.
  • Kemudahan perubatan di klinik panel.
  • Kenaikan gaji tetap.
  • Bayaran KWSP Majikan sebanyak 15%.
Hubungi Mr. Cheong di talian 0127132062 untuk sesi temuduga.