Jawatan Kosong Eksekutif Jualan Oxford Fajar

Oxford Fajar menawarkan jawatan kosong sebagai Eksekutif Jualan bertempat di Kota Kinabalu, Sabah. Syarikat ini menjalankan perniagaan dalam bidang percetakan dan penerbitan buku. Jawatan ini memerlukan calon untuk mempromosi buku-buku terbitan Oxford Fajar ke berbagai sekolah di seluruh Sabah. Calon yang layak akan mendapat gaji tetap, insentif jualan setiap 3 bulan dan elaun kereta.

Syarat minima jawatan kosong tersebut:
  • Berkelulusan Diploma atau Ijazah dalam bidang pemasaran
  • Mempunyai pengalaman 2-4 tahun dalam penjualan dan pemasaran.
  • Mampu bekerja secara berdikari.
  • Memiliki kenderaan sendiri.
  • Boleh menjalankan tugas secara outstation di luar daerah Kota Kinabalu.
Tarikh tutup jawatan kosong ini adalah 28 Mac 2013.

Kirimkan resume dan surat memohon jawatan kosong melalui pos ke alamat berikut:
Assistant Manager, Human Resources, Oxford Fajar Sdn. Bhd.
4, Jalan Pemaju U1/15, Seksyen U1, Hicom-Glenmarie Industrial Park,
40150 Shah Alam, Selangor.