Jawatan Kosong Kakitangan Pentadbiran Dan Akaun Di Syarikat Pembangun Hartanah

Saluran Wira Sdn Bhd, sebuah syarikat pembangun hartanah menawarkan jawatan kosong terbaru sebagai kakitangan bahagian pentadbiran dan akaun. Pejabat syarikat ini terletak berdekatan dengan Grand Millenium Plaza di Lintas by-ass di Jalan Kobusak, Penampang.

Calon mestilah memiliki kemahiran berkomunikasi yang bagus, pengalaman 1 hingga 3 tahun, mempunyai pengetahuan dalam perakaunan, boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu, Inggeris juga Cina, boleh bekerja sendiri dengan pengawasan minima.

Gaji boleh dibincang bersama majikan ketika sesi temuduga. tarikh tutup jawatan kosong ini adalah pada 2 April 2013. Hantar resume anda melalui email ke salwi88@yahoo.com atau melalui faks ke talian 088-719002.