Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pelanggan Perniagaan Di AEON Credit Cawangan Sabah

AEON Credit cawangan sabah membuka jawatan kosong sebagai Merchant Service Officer di unit General Easy Payment bertempat di Sandakan Sabah. Jawatan kosong ini dibuka sehingga 13 April 2013. Kelayakan minima perlu ada Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pemasaran ataupun bidang lain, berpengalaman 2 tahun dalam bidang pemasaran, sanggup belajar dari bawah, memiliki kenderaan sendiri. Berikut adalah butir-butir tugasan dalam jawatan kosong ini:

  • Memberi khidmat kepada pelanggan perniagaan (merchant) AEON.
  • Membangunkan perkhidmatan terhadap pelanggan perniagaan AEON.
  • Memasarkan produk-produk AEON dengan lebih meluas dikalangan entiti pernigaan.
  • Melayan aduan pelanggan AEON dan meneliti permasalahan mereka.
Emailkan resume lengkap beserta surat memohon jawatan kosong tersebut ke recruitment@aeonmalaysia.com.my

Alamat lengkap majikan:
AEON CREDIT SERVICE (M) BERHAD
E-29-4, Block E, Times Square Signature Office,
Off Coastal Highway, 88100 Kota Kinabalu.
 www.aeonmalaysia.com.my